:
PENGENALAN RIE


RAUDATUL IMAN EDUCATION SDN. BHD.

 

Raudatul Iman Education Sdn. Bhd. (RIE) adalah sebuah institusi pendidikan swasta yang terletak di Taman Teratai, Skudai, Johor.  Institusi pendidikan ini telah ditubuhkan sejak tahun 2002 sehingga sekarang.  Institut ini menawarkan Perkhidmatan Pendidikan, Pusat Terapi dan Pusat Penjagaan Kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 15 tahun. 

RIE diasaskan oleh Almarhumah Puan Hajjah Laila binti Kastor.  Beliau adalah individu pertama yang pernah bekerja untuk membangunkan RIE bermula dari penubuhan Taska Raudatul Iman dan Raudatul Iman Care Centre.  Sehingga kini, RIE telah berkembang maju sehingga dapat menubuhkan Sekolah Agama swasta dan Tahfeez yang berdaftar di bawah kerajaan negeri.  Ia kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam Raudatul Iman. 

Bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat, RIE berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke tahap yang lebih tinggi dengan menubuhkan institusi pendidikan akademik beserta tahfeez di peringkat sekolah rendah dan menengah.  Dengan pengetahuan yang ada, semua usaha telah dibuat untuk merealisasikan impian ini dan berharap RIE dapat terus berkembang maju di masa depan.