:
LATAR BELAKANG


 

SEJARAH PENUBUHAN

 

2002

Ianya bermula dengan penubuhan Taska Raudatul Iman yang bertempat di Jalan Kabong, Taman Teratai, Skudai, Johor.  Penubuhan ini hanya bermodalkan wang sebanyak RM3, 000 sahaja dengan menawarkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang bermula daripada umur 2 bulan sehinggan 12 tahun.  Selain itu, pusat jagaan ini telah menawarkan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak yang merangkumi perkhidmatan mengaji, asas fardhu ain dan asas bacaan.  

 

Taska Raudatul Iman kini terus berkembang saban tahun yang mana pada awalnya taska ini mempunyai sebuah premis rumah teres dan kini telah menjadi 3 buah premis berdekatan bagi menempatkan semua kanak-kanak dibawah jagaan mereka dan mengadakan pengasingan mengikut peringkat kumpulan umur.

2009

Setelah beberapa tahun meningkatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di Taska Raudatul Iman dan telah mendapat kepercayaan daripada pelanggan serta penduduk setempat maka Raudatul Iman mengembangkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah Tadika Islamik yang bertempat di Bandar Pulai Jaya, Skudai Johor pada tahun 2009. Tadika ini lebih dikenali sebagai Tadika Tahfiz Raudatul Iman.

Dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM10,000.00. Tadika ini telah ditubuhkan dan menawarkan perkhidmatan Pendidikan Pra Sekolah untuk lingkungan pelajar yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun.

Bermula dari taska, anak-anak telah mula dididik untuk mengenal huruf-huruf Al-Quran, menghafal surah-surah pendek serta praktikal solat. Maka dengan tertubuhnya tadika ini yang turut dibimbing oleh Ustaz Hisyamuddin Kamarudin yang juga merupakan Hafiz Al-Quran, anak-anak ini dapat meneruskan pembelajaran tahfiz dan hafazan mereka dan disamping itu juga mempelajari subjek akademik arus perdana. 

2011

Pada tahun 2011, Kafa Tahfiz Raudatul Iman (KAFAT) telah mula ditubuhkan. KAFAT merupakan salah sebuah sekolah agama swasta yang  telah menawarkan perkhidmatan pendidikan tahfiz dan agama kepada pelajar-pelajar yang berumur 7 tahun dan keatas. Pada awalnya penubuhan KAFAT pada tahun 2011 hanya bertempat di bahagian hadapan ruang tadika dan kemudiannya berpindah ke premis rumah teres 2 tingkat di Bandar Pulai Jaya pada tahun 2013 hal ini adalah kerana bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat saban tahun.

Untuk tujuan keselesaan pelajar yang semakin bertambah dari tahun ke tahun, KAFAT mula berpindah ke premis yang baru iaitu di bangunan rumah kedai 3 tingkat yang terletak di Taman Teratai Johor Bahru. Di premis ini KAFAT mula beroperasi pada tahun 2015 dan lebih dikenali sebagai Madrasah Tahfiz Raudatul Iman (MTRI)/ Sekolah Rendah Islam Raudatul Iman. Institusi ini masih beroperasi di bangunan yang sama sehingga kini dan jumlah keseluruhan pelajar yang terkini ialah sebanyak 200 orang pelajar dan 13 orang guru serta 5 orang kakitangan pejabat dan mempunyai 8 unit bangunan termasuk bangunan asrama.

pada awal tahun 2017, institusi pendidikan ini telah dikomersialkan dengan nama yang baru iaitu Raudatul Iman Tahfeez School(RITS). Idea asal penubuhan RITS ini adalah supaya anak-anak lepasan Tadika Tahfiz Raudatul Iman/Raudatul Iman Preschool (RITP) dapat menyambung pengajian Tahfiz mereka ke peringkat yang lebih tinggi disamping meneruskan pendidikan arus perdana. Alhamdulillah, sehingga kini terdapat dikalangan pelajar-pelajar kami yang telah melepasi 14 Juzuk Al-Quran.

2015

Pada awal tahun 2015, institusi ini telah membuat keputusan untuk menaiktaraf jenis perniagaan daripada pernigaan biasa kepada Syarikat Sendirian Berhad. Dengan permualaan modal berbayar sebanyak RM100,000.00 dan 2 orang ahli lembaga pengarah yang lebih dikenali sebagai Raudatul Iman Education Sdn Bhd

2017

Pada tahun 2017, Raudatul Iman terus berkembang seiring dengan keperluan dan permintaan penduduk setempat. Yang terkini Raudatul Iman telah menubuhkan Pusat Terapis untuk ditawarkan kepada golongan-golongan yang memerlukan serta Pusat Jagaan yang berwajah baru yang terletak di Bnadar Pulai Jaya.

Disamping perkembangan Raudatul Iman yang semakin positif, institusi pendidikan ini juga sedang dalam usaha menambahbaik system pengurusan dan system pendidikan yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan kami. Disini kami telah mula mengamalkan system pengurusan sekolah mengikut gaya korporat dan professional. Beberapa Kursus telah dihadiri bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan yang ditawarkan serta kualiti pengurusan keseluruhan Raudatul Iman.